Sunday 4 October 2015

'Polis Evo' - Filem Tempatan Wajib Tonton Tahun Ini




Melihatkan gandingan utamanya saja, pasti memikat penggemar filem Malaysia untuk ke panggung. Apa tidaknya, kedua-dua Shaheizy Sam dan Zizan Razak pernah merangkul Anugerah Bintang Popular Berita Harian sebelum ini. Formula yang amat berkesan untuk memancing penonton ke panggung sekaligus boleh menyumbang kepada kejayaan filem terbitan Astro Shaw ini.

Polis Evo Sumber gambar: astroshaw.com.my

Zizan dan Sam membawa watak dua orang anggota polis yang begitu kontra perwatakannya. Inspektor Sani (Zizan) mementingkan prosedur dan soal diplomasi dalam tugas, dalam masa sama masih kelakar menghiburkan manakala Inspektor Khai lebih tegas dan tangkas sehingga diberi jolokan ‘Jackie Chan’ dalam kalangan anggotanya.

Polis Evo

Khai ditugaskan ke Terengganu untuk bekerjasama dengan Sani bagi menumpaskan sindiket dadah jenis ‘Syabu Naga’ yang mula memasuki pasaran gelap di sana. Walaupun berbeza perwatakan, Khai dan Sani harus mengenepikan soal peribadi untuk melumpuhkan operasi kumpulan samseng yang diketuai Izrail itu.

Polis Evo Sumber gambar: astroshaw.com.my

Untuk peminat filem aksi, anda wajib menonton filem ini apabila ditayangkan nanti. Hampir 80% dari durasi tayangan dipenuhi dengan aksi cemas dan cukup bikin jantung berdegup kencang. Aksi tembak-menembak, bertumbuk dan bermacam babak ganas pencetus adrenalin dikoreograf sempurna seakan realiti.

Polis Evo

Buat peminat Sam, ada berita ‘baik’ untuk anda. Mahu ‘cuci mata’ melihat susuk tubuh kekar pujaan hati anda ini? Bukan lagi angan-angan, Sam menayangkan badan ketak dengan six pack miliknya hasil kerja keras di gym beberapa bulan sebelum penggambaran.

Polis Evo Sumber gambar: astroshaw.com.my

“Saya ke gym lima bulan sebelum penggambaran pada September tahun lalu. Saya amat berpuas hati dengan hasilnya. Malahan selepas penggambaran pun saya masih mengamalkan rutin sama,” katanya yang ditemui selepas tayangan perdana filem ini.
Polis Evo Sumber gambar: ultraracing.my
Sumber gambar: ultraracing.my

Zizan juga walaupun memegang watak seorang anggota polis yang tipikalnya harus garang dan serius sepanjang masa, masih ada sisi lucu yang ditunjukkan. “Apabila menyarung seragam anggota polis, ada perkara yang boleh dan tidak boleh dibuat. Contohnya, lawak tidak boleh keterlaluan dan berkawad harus betul dan tertib,” cerita Zizan.
Polis Evo Sumber gambar: Khairul Effendi / Flickr
Sumber gambar: Khairul Effendi / Flickr

Seperkara lagi tentang ‘Polis Evo’ adalah penampilan Nora Danish sebagai gadis kampung yang juga adik kepada Sani. Tambah menarik, Nora bertutur dalam dialek Terengganu sepanjang durasi tayangan.
Polis Evo Sumber gambar: astroshaw.com.my
Sumber gambar: astroshaw.com.my

Filem karya Ghaz Abu Bakar ini akan ditayangkan di pawagam bermula 17 September. Filem ini juga turut membariskan arwah Harun Salim Bachik, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul dan Amerul Affendi.

tonton

No comments:

Post a Comment