Sunday 4 October 2015

Polis EVO (filem)


Polis EVO
Poster Polis EVO.jpg
Pengarah     Ghaz Abu Bakar
Penerbit     Joel Soh
Cerita oleh    

    Joel Soh
    Kyle Gounting
    Anwari Ashraf
    Adib Zaini

Lakonan    

    Shaheizy Sam
    Zizan Razak
    Nora Danish
    Mimie Ernida
    Wan Hanafi Su
    Pablo Amirul
    Amerul Affendy
    Harun Salim Bachik

Muzik     Luka Kuncevic
Penyuntingan     Nazim Shah
Syarikat produksi
   
Tayangan Unggul
Pengedar     Astro Shaw
Mula ditayang
    17 September 2015[1]
Negara     Malaysia Malaysia
Bahasa     Melayu
Perbelanjaan     RM 2.4 Juta[2]
Pulangan kasar     RM 8 Juta



Polis EVO merupakan sebuah filem aksi yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan dibintangi oleh Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Mimie Ernida, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul, Amerul Affendy dan Harun Salim Bachik.Filem ini mengisahkan dua anggota polis, Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.[3] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 17 September 2015.Filem ini merupakan filem Malaysia dengan kutipan tertinggi bagi tahun 2015 dengan kutipan sebanyak RM 8 juta dalam masa sebelas hari tayangan[4].

Isi kandungan

    1 Sinopsis
    2 Pelakon
    3 Produksi
    4 Sambutan
        4.1 Tayangan
    5 Ulasan
    6 Soundtrack
    7 Lihat Juga
    8 Rujukan
    9 Pautan luar

Sinopsis

Inspektor Khai (Shaheizy Sam),Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur telah ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka.
Pelakon

    Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai
    Zizan Razak sebagai Inspektor Sani
    Nora Danish sebagai Anis
    Mimie Ernida sebagai Maya
    Wan Hanafi Su sebagai Abang Li
    Pablo Amirul sebagai Jimbo
    Ayie Husairi sebagai Azrail
    Amerul Affendy sebagai Mak Yam
    Harun Salim Bachik sebagai Ketua Polis

Produksi

Keempat-empat penulis skrip bagi filem ini, Joel So, Kyle Goonting, Anwari Ashraf Hashim dan Adib Zaini menyatakan pemilihan perkataan EVO di dalam tajuk filem ini bermaksud "evolusi imej polis untuk dibawa ke layar perak."[5]Tiga dari empat penulis skrip filem ini juga merupakan bekas pelajar Biasiswa Astro, syarikat yang menghasilkan filem ini.[6]Skrip bagi filem ini ialah setebal 180 muka surat, hampir sama dengan jumlah muka surat bagi senaskah novel.[7]Untuk mendapatkan susuk tubuh Inspektor Khai, Shaheizy Sam telah melakukan senaman dalam tempoh lima bulan dari April hingga September 2014.[8][9][10]Zizan Razak pula mengakui filem ini merupakan filem pertamanya yang menggunakan bahasa Melayu loghat Terengganu sepenuhnya.Dia juga telah mengurangkan aspek komedi dalam pembawaan watak Inspektor Sani atas hasil nasihat pihak Polis.[11]Amerul Affendy pula mendedahkan ini merupakan kali pertama dirinya diberi watak lelaki lembut.[12][13]

Filem ini telah menjalani pengambaraan di Terengganu pada bulan September 2014.[14]
Sambutan

Filem ini menjadi mahsyur kerana promosi "mulut-ke-mulut" dan di media sosial[15] dek kerana ulasan yang menarik dan positif.[16]Filem ini berjaya menjadi antara 10 carian terbanyak di Google Malaysia untuk bulan September 2015.[17]
Tayangan

Majlis pelancaran filem ini telah dilakukan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2015.Trailer filem ini telah dimuat naik ke YouTube pada hari yang sama.Tayangan perdana bagi filem ini telah dilakukan di GSC Pavilion Kuala Lumpur pada 3 September 2015.Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 17 September 2015 di 98 buah pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.[18] Selepas empat hari tayangan, filem ini telah mengumpul kutipan sebanyak RM 2.5 Juta dengan jumlah pawagam yang menayangkan filem ini meningkat kepada 101 buah pawagam.[19][20]Kutipan bagi filem ini meningkat kepada RM 8 Juta selepas 11 hari tayangan.[21]
Ulasan

Rata rata ulasan mengenai filem ini ialah positif.Kenneth Chaw dari The Star memberi ulasan "Polis EVO mempunyai cita-cita tinggi dan berjaya mencapai cita-cita tersebut."[22]Akhmaliah Razak dari Sinar Harian pula mengulas filem ini sebagai "...setanding filem antarabangsa."[23]Aidil Rusli dari The Malay Mail pula mengulas "...calon yang kuat untuk dinobatkan sebagai filem Terbaik Malaysia tahun 2015".[24] Portal hiburan Rotikaya.com memberikan filem ini "4 Biji Rotikaya".[25]
Soundtrack

Lagu OST untuk filem ini ialah EVO oleh Joe Flizzow dan SonaOne.Lagu ini telah dilancarkan pada 3 Ogos 2015 di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.[26]
Lihat Juga

    Filem Malaysia tahun 2015

Rujukan

"“Polis Evo” Bertemu Penonton September Depan". Malaysiaaktif.my. 3 Ogos 2015. Diperoleh pada 2015-09-24.
Isa, Haikal. "Aksi lasak Polis Evo". KOSMO!.
"Misi Shaheizy Sam & Zizan Gegarkan Polis Evo Sudah Bermula". Astrogempak.com.my. Diperoleh pada 2015-09-24.
"Kutipan Polis Evo Sudah Cecah RM8 Juta". rotikaya.com. Diperoleh pada 2015-09-29.
"Polis Evo cetusan idea luar biasa 4 pemuda generasi baru". Astro Awani. 23 September 2015.
"Biasiswa Astro realisasikan impian 'budak kampung' ke layar perak". Astro Awani. 25 September 2015.
Dawum, Garret (29 September 2015). "Penuhi cita rasa orang muda". Utusan Malaysia.
"Shaheizy Sam berdepan dua cabaran dalam 'Polis Evo'". Astro Awani. 28 April 2015. Diperoleh pada 24 September 2015.
"Shaheizy Sam Nafi Sudah Buat Persiapan Kahwin". Peraktoday.com.my. 4 Ogos 2015. Diperoleh pada 24 September 2015.
Mohamad, Zaidi (1 Ogos 2015). "Komen Shaheizy Sam tayang badan sasa, pelaris filem Polis EVO". Berita Harian.
Zaa, Zaini (28 September 2015). "Zizan cerita kisah di sebalik watak Sani dalam filem polis Evo". Agenda Daily.
"Pelakon Amerul Affendi Pertama Kali Jadi Lelaki Lembut Dalam Polis Evo". astrogempak.com.my. 24 Jun 2015.
"Amerul Affendi Jadi Lembut Untuk Polis Evo". Murai.com.my. Diperoleh pada 2015-09-24.
"Bila Nora Danish Cakap Terengganu, Pelik Benor Bunyinye [Video]". Socialhiburan.com. Diperoleh pada 2015-09-24.
"Penonton puji filem Polis Evo, media sosial dibanjiri #PolisEvo". Astro Awani. 22 September 2015.
Sahabuddin, Marina (30 September 2015). "Polis Evo tampil lakonan mantap Zizan & Shahiezy". Sinar Harian.
"Impak Polis Evo sehingga tersenarai di carian Google Malaysia". Astro Awani. 30 September 2015.
(Inggeris)Chua, Dennis (22 Setember 2015). "Polis Evo hits it big at the box-office (with video)". New Straits Times. Diperoleh pada 24 September 2015. Check date values in: |date= (bantuan)
(Inggeris)"Three local films dominate Top 10 Malaysian box office chart this week". Astro Awani. 29 September 2015.
Karim, Haryati (22 September 2015). "Filem Polis Evo kutip 2.5 juta dalam tempoh empat hari". KOSMO!. Diperoleh pada 24 September 2015.
"Polis Evo kutip RM8 juta dalam tempoh 11 hari". Astro Awani. 28 September 2015.
(Inggeris)Chaw, Kenneth (14 September 2015). "Review: Polis Evo". The Star. Diperoleh pada 24 September 2015.
Razak, Akhmaliah (19 September 2105). "Polis Evo setanding filem antarabangsa". Sinar Harian. Diperoleh pada 24 September 2015. Check date values in: |date= (bantuan)
(Inggeris)Rusli, Aidil (19 September 2015). "Three new Malaysian films examined". The Malay Mail.
Yusof, Amri. "Polis Evo Letak Standard Baru Dalam Dunia Perfileman Malaysia". Rotikaya.com. Diperoleh pada 2015-09-24.

    (Inggeris)Chua, Dennis (4 Ogos 2015). "Joe Flizzow to duet with Taiwanese Dominique Tsai". New Straits Times. Diperoleh pada 24 September 2015.

Pautan luar

    Laman Web Rasmi filem Polis EVO
    Laman Facebook tidak Rasmi filem Polis EVO

Kategori:

    CS1 errors: datesFilem aksiFilem Malaysia tahun 2015Filem bahasa Melayu



1 comment: