Wednesday, 7 October 2015

Polis evo lirik - Joe Flizzow ft. SonaOne "EVO" Official Lyrics




LIRIK EVO (OST POLIS EVO) – JOE FLIZZOW FT SONAONE


Kejut harimau yang sedang tidur
Masuk jalan mati susah untuk hidup
Korbankan harga diri kerana ego
Nanti kena tangkap

Di jalan raya
Masih jalan bergaya
My crew with me till the wheels fall off
Uh
Takda tayar tetap ada janji
Sumpah setia sehingga akhir hayat
Dan hujung dunia
Budak-budak gua bawah blok
Masih ada di Ghetto
Kereta dah tukar block
Boleh cucuk Toretto
Dan budak-budak dalam blok-blok
Ibu pejabat masih bermesyuarat
Guna setiap saat

Kan gua dah cakap budak kartel cekap
Tabik dari askar polis dan pengakap
Main monopoly korang masih main congkak
Lu merangkak kalau nak tengok gua dongak
Budak subang semua kenal kapal terbang
So fly gari pramugari sorang-sorang
No Lah Flizzow tidak pernah tipu korang
In Top Form tapi bukan cakap pasal borang

Ke kiri ke kanan
Hati-hati bila dijalanan
Di sini Di sana
Cari kawan jangan cari lawan

Jangan
Kejut harimau yang sedang tidur
Salah
Masuk jalan mati susah untuk hidup
Jangan
Korbankan harga diri kerana ego
Salah
Nanti kena tangkap dengan polis evo
EVO … EVO
Jangan kejut harimau tidur
EVO … EVO
Di jalan mati susah hidup

Wow !
Lu pasang waze pukul 3 pagi
Tengok sekali no cops
Tiba-tiba bila simpang kiri ada roadblock
U-Turn?
Kenapa kamu lari?
Kalau kau tidak bersalah kenapa tangan bergari huh?
Vroommmm
Engine Evo berbunyi
Satu jam di balai boleh buat kamu sunyi
Kalau kau hilang suara aku boleh tolong cari
Kalau tak telefon brother kenapa satu kampung mari?
No back up
One-two saja
Polis entry want to jaga
Lampu biru buat lu gelabah
I can see that your mata rabak
No back up
Aku sahaja
Polis entry want to jaga
Bila lu nampak lampu waja
Cuak better run to mama

Ke kiri ke kanan
Hati-hati bila di jalanan
Di sini Di sana
Cari kawan jangan cari lawan

Jangan
Kejut harimau yang sedang tidur
Salah
Masuk jalan mati susah untuk hidup
Jangan
Korbankan harga diri kerana ego
Salah
Nanti kena tangkap dengan polis evo
EVO … EVO
Jangan kejut harimau tidur
EVO … EVO
Di jalan mati susah hidup

Gua tak jaga kL tapi kL jaga gua
Ingat pesanan orang tua
Jangan mudah lupa
Jangan mudah riak
Aku takkan sombong
Ingin pergi jauh mereka lihat guna teropong
Sekarang jaga keluarga
Dulu keluarga jaga gua
Ingat pesanan mama
Jangan mudah lupa
Jangan mudah takut
Kerna ku tidak gentar
Kerna semua didunia ini hanya sebentar
Kerna semua didunia ini hanya sebentar
Kejut harimau yang sedang tidur
Masuk jalan mati susah untuk hidup
Korbankan harga diri kerana ego
Nanti kena tangkap dengan polis evo

Jangan
Kejut harimau yang sedang tidur
Salah
Masuk jalan mati susah untuk hidup
Jangan korbankan harga diri kerana ego
Salah
Nanti kena tangkap dengan polis evo
EVO … EVO
Jangan kejut harimau tidur
EVO … EVO
Jalan mati susah hidup
EVO … EVO
Jangan kejut harimau tidur
EVO … EVO
Jalan mati susah hidup


Sunday, 4 October 2015

Kisah Polis Evo bermula




Tarikh Tayangan     17 September 2015
Pengarah     Ghaz Abu Bakar
Terbitan     Astro Shaw
Genre     Action, Comedy
Bahasa     Bahasa Melayu
Pelakon     Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Pablo Amirul, Eyka Farhana, Mimi Ernida, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi, Ayie Hushairi, Harun Salim Bachik

Kisah Polis Evo bermula apabila seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjsama bagi menyelesaikan misi mereka. Berjayakah mereka melumpuhkan operasi pengedaran dadah tersebut? Dan apakah pengorbanan Inspektor Sani untuk menyelamatkan keluarganya?

Penggambaran 'Polis Evo' Tertunda Kerana Prosedur Skrip PDRM



PETALING JAYA: Pengarah filem Polis Evo iaitu Ghaz Abu Bakar menjelaskan penggambaran filem tersebut tertunda beberapa kali berikutan terpaksa mengikut garis panduan skrip Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ghaz berkata, dia banyak mengubah semula beberapa adegan dalam skrip asal mengikut kesesuaian bagi memastikan kualiti skrip dan filem tersebut mencapai tahap terbaik.

"Ya, penggambaran tertunda kerana rombakan skrip dan prosedur yang perlu diikuti mengikut garis panduan pihak PDRM selain perancangan perlu dilakukan dengan rapi.

"Kami juga sentiasa memastikan skrip yang akan diucap itu memberi kesan terhadap filem," ujarnya kepada mStar Online.

Ghaz diminta mengulas tentang penangguhan filem tersebut selama dua bulan akibat masalah tertentu ketika penggambaran dilakukan pada penghujung tahun 2014.

Tambah Ghaz, apa yang diolah semula adalah bagi memastikan filem tersebut dapat mengangkat imej pasukan polis di mata masyarakat negara ini.

Barisan mereka yang terlibat dalam Polis Evo.
Dalam pada itu, ditanya tentang perbezaan filem tersebut dengan filem berciri kepolisian sebelum ini iaitu Romeo Kota lakonan Aaron Aziz dan Nabil Ahmad, Ghaz berkata, Polis Evo mempunyai elemen yang berbeza.

"Saya ada tengok Romeo Kota dan memang konsep sama tetapi elemen dan rencah lain. Polis Evo menonjolkan 80 peratus aksi, manakala Romeo Kota lebih kepada karekter dan humor sahaja," ujarnya.

Filem ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 17 September depan.

Sementara itu Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar berkata, filem tersebut menelan belanja kira-kira RM2.4 juta bagi mendapatkan kualiti terbaik selain meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap filem tempatan.

"Secara jujurnya memang agak risau dengan kutipan filem sekarang yang rendah, namun untuk filem aksi kami tidak boleh meletakkan bajet yang rendah.

"Kalau bajet rendah ia akan memberi kesan kepada kualiti filem tersebut dan akhirnya membuatkan penonton terus hilang keyakinan terhadap filem kita," ujarnya.

Filem Polis Evo lakonan Shaheizy Sam, Zizan Razak dan Nora Danish mengisahkan tentang dua anggota polis iaitu Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti angat berbeza.

Mereka diberi tugas dan perlu bekerjasama dalam menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah terbesar.

Filem tersebut juga menggunakan lagu tema berjudul Evo yang dinyanyikan oleh Joe Flizzow dan SonaOne.
Tags / Kata Kunci: Polis Evo , Zizan Razak , Shaheizy Sam

 http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/08/05/polis-evo/

Hebatkah Polis Evo?



SEBELUM dan selepas menyambut Hari Raya Aidiladha, media massa baik elektronik, cetak dan media sosial alam siber dipenuhi dengan berita kejayaan filem terbitan Astro Shaw, Polis Evo, arahan Ghaz Abu Bakar.

Filem ini berjaya membuat kutipan RM2.5 juta dalam hanya 4 hari sejak mula ditayangkan pada 17 September lalu. Terkini kutipan pecah panggungnya sudah mencecah RM8 juta selepas 11 hari tayangan. Filem ini masih lagi ditayangkan sekarang. Pasti kutipan pecah panggungnya terus meningkat.

Sebenarnya minggu ini aku mahu menyambung tulisanku mengenai pengarah Allahyarham Hussein Haniff tetapi bila filem Polis Evo menjadi berita panas dan topik perbualan ramai, aku ingin berkongsi pandangan tentang kejutan dihasilkan oleh filem aksi ini.

Kelesuan dan kurangnya sambutan penonton terhadap filem-filem tempatan khususnya filem Melayu sejak dua tahun kebelakangan ini tidak dinafikan membuat pembikin filem kita risau dan bimbang tentang masa depan industri filem tanah air.

Cita rasa dan selera penonton kita terutamanya penonton filem Melayu amat sukar untuk diramalkan. Ketidaktentuan sambutan penonton ini paling sukar untuk ditemui solusinya.

Jawapan dan penyelesaian kepada masalah ini hanya boleh ditemui melalui kaedah trial and error. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Ini bererti penggiat filem tanah air sama ada produser, pengarah, tenaga kreatif dan teknikal perlu sentiasa mencuba serta mencari sesuatu yang baharu.

Pada pendapat aku dalam proses mencuba dan mencari sesuatu yang baharu ini, usaha yang dilakukan oleh Astro Shaw lewat filem Polis Evo berjaya mengesan selera kebanyakan penonton filem Melayu sekarang. Mereka suka kepada filem bergenre action - aksi.

Keadaan ini berlaku mungkin penonton sudah terlalu lama dihidangkan dengan filem-filem seram dan komedi. Kemunculan filem Polis Evo bergenre aksi berupaya membawa penonton berubah angin seketika.

Bagaimana pula dengan pendapat mengatakan penggiat filem tidak perlu terlalu mengikut kehendak penonton?

Fenomena filem Polis Evo ini membolehkan aku mengalami dan berusaha untuk memahami situasi dan budaya menonton wayang rakyat negara ini khususnya penonton filem Melayu.

Aku menonton Polis Evo di pawagam selepas seminggu tayangannya bermula. Aku menonton bukan kerana pengaruh promosi tetapi sememang rutin aku menonton sebanyak mungkin filem-filem tempatan di pawagam.

Ketika menonton apa juga filem di pawagam dengan membayar tiket aku memakai ‘topi’ penonton biasa bukan ‘topi’ seorang filmmaker atau pengarah filem.

Aku mengambil sikap demikian kerana sebagai penonton perkara paling penting ialah nilai harga tiket yang dilaburkan itu mestilah berbaloi dengan filem yang ditonton. Rata-rata sekarang baik di bandar-bandar besar mahupun bandar bersaiz sederhana harga tiket secara keseluruhannya ialah di antara RM10 sehingga RM15. Ada juga harga tiket mencecah sehingga RM18 seperti di bandar raya Johor Bahru.

Jika dilihat di media sosial pendapat yang sering disuarakan oleh kebanyakan penonton filem Melayu ialah mereka takut  kecewa bila kepuasan menonton tidak seiring dengan nilai harga tiket yang ditawarkan.

Pada aku ini adalah perkara paling asas mesti difahami oleh sesiapa sahaja yang terlibat dalam satu kegiatan ekonomi berasaskan untung rugi. Industri filem adalah satu kegiatan ekonomi bertujuan dan bermatlamatkan keuntungan.     
   
Ketika aku berada bersama dengan penonton lain dalam panggung aku lihat filem Polis Evo ini punya ramuan yang boleh membuka selera penonton untuk ke panggung.

Pada asasnya filem ini mengisahkan watak baik berdepan dengan watak jahat. Di pihak bersisi baik adalah polis. Diwakili oleh watak Inspektor Sani (Zizan Razak) dan Inspektor Khai (Shaheizy Sam).

Kedua watak ini tidak sebulu dan tidak sekepala pada mulanya. Akhirnya keadaan memaksa mereka bekerjasama demi tugas melumpuhkan kegiatan sindiket pengedaran dadah dan untuk menyelamatkan nyawa orang mereka sayangi.

Pihak jahat diwakili oleh watak-watak penjenayah, gengster dan pengedar dadah. Pertembungan dua pihak ini mencetus dan meletupkan suasana tegang, rencam, ganas berapi dengan aksi-aksi kejar mengejar kereta, tembak menembak, letupan dan segala resipi wajib dan perlu untuk sebuah filem aksi yang membuat paras adrenalin penonton melonjak.

Aku lihat penonjolan polis dalam filem Polis Evo berjaya lari dari pola-pola propaganda robotik ala Gerak Khas. Watak-watak polis dalam Polis Evo dibina dengan lebih human.

Sifat manusiawi watak-watak polis dekat dengan penonton. Lihat watak Tuan Mokhtar diperankan oleh Allahyarham Harun Salim Bachik bila berdepan dengan dua hero yang ‘tak sekepala’ – menarik.

Watak Inspektor Khai diperankan oleh Shaheizy Sam mudah diterima oleh penonton terutamanya penonton muda. Mereka boleh mengidentifikasikan diri mereka dengan watak tersebut berdasarkan imej yang sempoi dan tahan lasak - imej ‘bukan polis tetapi polis.’  

Lihat juga babak-babak aksi pertembungan antara polis dengan penjenayah menyebabkan polis juga turut ditembak mati bergelimpangan.

Penonjolan watak-watak penjenayah aka gengster lebih lokal sifatnya. Jelas identiti mereka – gengster Melayu yang beroperasi di negeri pantai timur. Elemen ini tidak terdapat dalam filem-filem genre gengster tempatan sebelum ini.

Hampir kesemuanya berlatar belakangkan kota raya urban ala Hong Kong. Sehingga menimbulkan budaya gengster yang serabut imejnya – Hong Kong ke atau tempatan?

Filem ini memberi kesegaran dari segi pemilihan lokasi – jelas jenayah berat bukan hanya tertumpu kepada bandar-bandar besar sahaja.

Jenayah boleh berlaku di mana-mana dan dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa. Kefahaman ini aku lihat berjaya diangkat oleh kumpulan penulis skripnya.

Aku juga tertarik dengan pengadunan budaya Melayu dengan keadaan hidup sekarang. Aku menganggap nilai-nilai lemah lembut dan toleransinya orang-orang Melayu yang dipaparkan lewat watak Zizan dan keluarganya melontar satu persoalan untuk kita fikirkan.   

Hakisan dan terpinggirnya budaya lemah lembut Melayu yang dipertahankan oleh watak Zizan dan keluarganya ditelan oleh kebuasan nafsu mengejar kebendaan dengan cara mudah melalui perlakuan jenayah berhasil dipaparkan secara subtle.

Apakah ungkapan diwarisi turun temurun – kita ini orang Melayu, orang Timur yang lemah lembut boleh dipakai lagi atau tidak sekarang?  Orang-orang Melayu perlu berubah sejajar dengan perubahan dunia dan cara hidup sekarang – perlu cerdik supaya tidak mudah ditipu waima oleh bangsa sendiri.

Filem genre aksi sering bersifat universal kerana jenayah dan penjenayah seantero dunia sama sifat dan perangainya. Pedulikanlah jika ada mengatakan filem ini macam filem Bad Boys atau aksinya macam filem-filem aksi Hong Kong.

Filem Polis Evo berjaya menghiburkan penonton dengan ramuan-ramuan perlu ada pada sebuah filem aksi dengan garapan ala Malaysia.

Paling penting filem ini berjaya membuktikan penonton filem Melayu tetap ada dan setia memberi sokongan jika resipi hidangan yang dihasilkan membuka selera menonton mereka.

Aku gelak besar terbaca kenyataan Shaheizy Sam dalam Entertainment Movie News – beliau berharap janganlah pula selepas kejayaan filem Polis Evo akan ada pula trend filem-filem – Gengster Evo, Hantu Evo atau Suamiku Polis Evo.

Aku sokong seratus peratus!

SinarHarian

Polis Evo hits it big at the box-office (with video)



KUALA LUMPUR: Action comedy Polis Evo which stars award-winning actors Shaheizy Sam and Zizan Razak as zany yet competent police investigators pursuing a ruthless drug kingpin in Kuala Terengganu, has raked in more than RM2.5 million at the box office in four days. Polis Evo’s producer Astro Shaw’s public relations and marketing associate Zahirah Abdul Rahim said in a statement yesterday that the movie opened in 98 cinemas nationwide and in Brunei on Sept 17 and the company was delighted that moviegoers were giving it strong support. Directed by Ghaz Bakar, Polis Evo sees Zizan and Shaheizy Sam play tough police detectives Sani and Khai respectively. The duo have vastly oppositive personalities - Khai is very serious while Sani is a bit of a joker - yet they work effectively together. The film also stars Nora Danish, Mimi Ernida, Wan Hanafi Su, Ayie Hushairi, Pablo Amirul, Yuzz Murai, Amerul Affendi, Eyka Farhana and the late Harun Salim Bachik. Costing RM2.4 million, the film was shot over a month last year, with most of its scenes being Kuala Terengganu. Polis Evo also comes with a theme song Evo, composed by Audi Mok and performed by Joe Flizzow and SonaOne.

Read More : http://www.nst.com.my/news/2015/09/polis-evo-hits-it-big-box-office-video

Polis Evo rakes in RM8 million in 11 days (with video)


KUALA LUMPUR: Action comedy Polis Evo directed by Ghaz Bakar and starring award-winning actors Shaheizy Sam and Zizan Razak as drug-busting police inspectors has collected RM8 million after 11 days in cinemas. Its production house Astro Shaw’s head Najwa Abu Bakar said the film was screened in 101 cinemas nationwide. “We are delighted that the public has shown overwhelming support for this hilarious yet educational movie which stars two of the country’s finest actors. Shaheizy and Zizan teamed up for the first time and they make a very entertaining, formidable duo of crime fighters who unleash their ‘out of this world’ combat skills against notorious drug kingpins,” said Najwa. The action comedy is written by three screenwriters namely Joel Soh, who is also the producer, Kyle Goonting and Anwari Ashraf.

Read More : http://www.nst.com.my/news/2015/09/polis-evo-rakes-rm8-million-11-days-video

Polis Evo Bukan aksi 'SAmpah'



BUANG segala tanggapan tipikal mengenai filem aksi tempatan yang barangkali pernah mengundang rasa kecewa terhadap jangkaan tinggi anda untuk sesebuah filem yang diterbitkan.

Ini kerana ada sesuatu yang menarik disajikan menerusi buah tangan filem terbitan Astro Shaw, Polis Evo yang tidak hanya beralaskan wajah filem aksi omongan kosong.

Wajar menerima pujian dan punya standard tersendiri, Polis Evo yang ditunjangi oleh Zizan Razak dan Shaheizy Sam ini nyata mempunyai nilai kesungguhan dan keikhlasan ketika dihasilkan biarpun tidak dinafikan, semua orang akan bercakap mengenai soal keuntungan.

Garapan baik oleh pengarah, Ghaz Abu Bakar, Polis Evo yang membawa wajah dan kredibiliti pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke layar perak dengan hampir 80 peratus inti patinya menyajikan aksi barisan pelakon utama yang tidak menghampakan.

Ghaz ketika ditanya mengakui bahawa filem berdurasi 120 minit ini dihasilkan dengan amat berhati-hati menerusi garis panduan PDRM biarpun turut memaparkan elemen komedi, persahabatan dan kekeluargaan.

Menyifatkan antara filem aksi terbaik pernah dihasilkan selepas Tokan, kata Ghaz, dia bagaimanapun menolak andaian bahawa filem ini meniru filem Romeo Kota yang sebelum ini dilakonkan oleh Nabil Ahmad dan Aaron Aziz.

“Persamaan akan ada dalam cerita bercorak kepolisan tetapi bagaimana seseorang pengarah itu menggarap yang memberikan kelainan kepada filem tersebut selain jalan cerita.

“Tidak seperti Romeo Kota, Polis Evo tidak mengetengahkan terlalu banyak elemen komedi kerana fokus kita adalah terhadap aksi yang dipaparkan termasuk yang berbahaya.

“Bahkan filem ini juga menyaksikan sisi serius Zizan, berbanding filem-filem yang pernah dilakonkan olehnya sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ghaz meletakkan kepercayaan bahawa menerusi kehebatan filem ini dapat menarik kehadiran penonton untuk ke pawagam meski ada yang berpendapat industri perfileman sekarang turut terjejas dengan ketidakstabilan ekonomi negara.

“Yang diperlukan oleh penonton ialah kepercayaan bahawa filem ini sememangnya dihasilkan dengan kualiti terbaik. Itu yang kami berikan dan saya yakin walaupun keadaan ekonomi sekarang tidak menentu, Polis Evo mampu meraih sambutan yang menggalakkan daripada penonton.

“Kadangkala penonton sekarang dengan hanya menonton trailer di Internet, mereka sudah membuat andaian sedangkan bagi saya, tontonlah sepenuhnya di pawagam barulah hadir dengan penilaian.

“Kami sebagai satu pasukan telah berusaha memberikan yang terbaik untuk filem ini dan yang kami harap adalah sokongan daripada semua pihak,” katanya.

Selain Zizan dan Sam, Polis Evo turut menampilkan antaranya Nora Danish, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi dan Allahyarham Harun Salim Bachik.

Filem ini mengisahkan dua anggota polis, Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi harus bekerjasama untuk membanteras operasi pengedaran dadah.

Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas manakala Sani seorang yang lebih mengikut prosedur dan mementingkan diplomasi.

Persamaan akan ada dalam cerita bercorak kepolisan tetapi bagaimana seseornag pengarah itu menggarap yang memberikan kelainan kepada filem tersebut selain jalan cerita.

- See more at: http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/polis-evo-1.132097#sthash.rHy0zxoU.dpuf