Sunday 4 October 2015

10 Sebab Kenapa Tak Boleh Terlepas ‘Polis Evo’ 17 September Ini


'Polis Evo’ adalah sebuah filem aksi terbaru yang memaparkan dua anggota polis, Khai lakonan Shaheizy Sam dan Sani yang dibawa oleh Zizan Razak yang mempunyai dua personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.

Dengar macam cerita biasa kan. Tapi setelah kami tonton cerita ini semasa Malam Gala Polis Evo yang berlangsung di GSC Pavillion baru-baru ini ternyata filem ini membuatkan anda tak kering gusi. Kami nak kongsikan 8 sebab kenapa anda tak boleh terlepas tonton filem ini.

#1. Polis Evo merupakan gandingan pertama Shaheizy Sam dan Zizan Razak

#2. Joe Flizzow dan SonaOne adalah penyanyi untuk lagu tema berjudul ‘Evo’

#3. Menjalani beberapa lokasi yang tak ‘cliché’ sekitar Terengganu, Pulau Tioman dan Kuala Lumpur

#4. Bukan seorang tapi 4 orang penulis skrip

#5. Mengambil masa setahun untuk pembikinan keseluruhan filem


#6. Zizan Razak hanya cakap loghat Terengganu dalam filem ini


#7. Shaheizy Sam mengambil masa 5 bulan untuk dapatkan badan sado

#8. Merupakan filem terakhir Allahyarham Harun Salim Bachik

#9. Shaheizy Sam, Zizan dan Nora Danish menggunakan lawak-lawak kontroversi yang melanda diri mereka sendiri

#10. Filem di mana polis bawa kereta Mitsubishi Evo 10 dan Nissan Fairlady


Sebenarnya banyak lagi sebab kenapa anda perlu tonton file mini yang pastinya aksi melibatkan kejar-mengejar antara polis dan penjenayah sama seperti filem Hollywood yang dibuat di atas jalan raya. Serius tak rugi ! 17 September 2015 ni tau!

ERA fm

No comments:

Post a Comment