Sunday 4 October 2015

Filem Polis Evo raih kutipan RM8 juta selepas 11 hari tayangan

KUALA LUMPUR: Filem aksi, Polis Evo arahan Ghaz Abu Bakar berjaya mencatat kutipan RM8 juta selepas 11 hari tayangan. Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, berkata, kutipan itu membabitkan 101 pawagam seluruh negara termasuk Brunei. "Kami tidak menyangka dalam kesuraman industri perfileman tempatan ketika ini, peminat masih memberi kepercayaan kepada Polis Evo untuk menduduki tempat teratas dalam carta filem Melayu terlaris untuk tahun ini. "Bukan mudah untuk menjangka situasi industri perfileman tempatan dan berterima kasih kepada peminat yang memberi kepercayaan kepada Polis Evo," katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini. Beliau berharap, fenomena yang dicetuskan oleh Polis Evo mampu menyuntik semangat baharu dalam dunia filem tempatan. Polis Evo yang mula ditayangkan pada 17 September lalu dilakonkan oleh Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH 2014, Shaheizy Sam dan artis komedi terkenal, Zizan Razak. Filem yang ditulis oleh Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf dan Adib Zaini mengisahkan dua anggota polis dengan personaliti berbeza perlu berganding bahu dalam menyelesaikan kes pengedaran dadah di Terengganu. BABAK Zizan Razak di dalam filem Polis Evo

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/85066

No comments:

Post a Comment